Penghulu Abu Bakar

Nama beliau sebenarnya ialah Abu Bakar bin Abdullah. Beliau juga turut dikenali sebagai Kee Abu Bakar mengambil sempena keturunan beliau. Namun beliau lebih dikenali oleh masyarakat Melayu di Tawau sebagai Penghulu Abu Bakar atau OKK Abu Bakar.Dilahirkan pada tahun 1899 dan merupakan anak jati Tawau. Ibu beliau , Jumatiah Ami Maidin merupakan berturunan Melayu Suluk manakala bapanya Kee Abdullah adalah seorang pegawai British berketurunan Sino Dusun Muslim yang dihormati sebagai pemimpin masyarakat di Tawau.( RujukĀ : Buku 'Borneo Under the Sun', tulisan Nicholas Chung, Terbitan Natural History Publication: 2005 )